Connect with us

Terkini

Video semburit ‘versi penuh’ telah dimuat naik ke laman web lucah

Terkini sebuah klip video yang memaparkan aksi intim di antara Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan seorang lelaki yang didakwa sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali telah dimuat naik ke sebuah laman web lucah.

Klip video yang berdurasi 9.10 minit ini yang dipercayai rakaman penuh ini adalah susulan daripada klip video seks yang tersebar baru-baru ini.

Terdahulu selepas pengakuan bersumpahnya, Haziq telah tampil sekali mengulangi dakwaannya bahawa dia memang terlibat dalam aksi seks tersebut bersama Mohamed Azmin dan ia bukanlah kali pertama mereka bersama.

Haziq tampil mengulangi dakwaan bahawa dia memang terlibat dalam aksi seks tersebut dan ia bukannya pertama kali.

Menurutnya, insiden tersebut berlaku di sebuah hotel pada 11 Mei semasa kempen pilihan raya kecil (PRK) Sandakan.

“Pertama kali di Grand Continental Kuching, tiga tahun lalu, kemudian di Pullman Kuching semasa Pemilihan Parti (PKR) pada Oktober tahun lalu.

Advertisement

“Kami sekali lagi melakukannya di Hotel Grand Hyatt KL semasa tugasan kamu selaku Menteri Pengiring kepada Sultan Brunei pada Mac tahun ini dan bulan lalu di Fourpoint Sandakan,” katan Haziq.

Pemuda berusia 27 tahun itu sebelum ini ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika cuba berlepas ke Manila, Filipina.

Haziq mendakwa dia telah diancam, diugut dan dimanipulasikan dan pihak polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

Baca: Haziq: Semua orang lupa saya juga mangsa kerana saat intim dirakam dan dibocorkan

Mohamed Azmin telah menafikan dirinya terlibat dalam video lucah tersebut dan menyifatkan video itu sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya. – Malaysian Update

Advertisement

Baca: Haziq bimbang bakal terima nasib seperti Altantuya, rela mengaku

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel