Connect with us

Terkini

Wanita warga Thailand ditemui mati tergantung

TANAH MERAH: Mayat seorang wanita warganegara Thailand berusia 45 tahun ditemui di sebuah rumah di Kampung Taman Selaseh berdekatan Jalan Ismail Petra, Tanah Merah pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, DSP Suzaimi Mohamad berkata mayat itu ditemui suami mangsa di bahagian dapur rumah terbabit pada pukul 7.30 pagi.

Loading…

“Pihak kami menerima laporan penemuan mayat itu dalam keadaan tergantung di ruang dapur oleh suami mangsa.

“Pemeriksaan awal pada tubuh badan mangsa mendapati tiada kecederaan fizikal lain kecuali di bahagian leher dipercayai kesan jerutan kain,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Advertisement

Suzaimi berkata pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati mangsa ditemui tergantung menggunakan kain cadar.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel