Connect with us

Mahkamah

Hakim tolak permohonan Najib hadir sidang Dewan Rakyat

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali hari ini menolak permohonan bekas perdana menteri, Najib Razak yang berdepan pertuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa untuk untuk menangguhkan perbicaraan supaya Najib dapat menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Peguam Najib iaitu Muhammad Shafee Abdullah hari ini memohon untuk menangguhkan perbicaraan bagi membolehkan Najib hadir ke persidangan parlimen.

Loading…

Nazlan dalam keputusan berkata tidak ada kepastian bahawa anggota parlimen akan mengundi terhadap rang undang-undang tertentu hari ini

“selepas mempertimbangkan hujah menyokong dan menentang permohonan itu, ia ditolak.” kata Nazlan ketika membuat keputusan.

Advertisement

Shafee sebelum ini memberikan hujah bahawa adalah penting bagi Najib menghadiri Dewan Rakyat hari ini untuk mengundi pada dua RUU yang mewajibkan semua anggota mewajibkan anggota parlimen untuk mengisytiharkan aset mereka dan menurunkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Hakim Mahkamah Tinggi itu juga berkata tiada kepastian sesi undian usul, rang undang-undang dan pindaan perlembagaan akan berlaku.

"Saya menentang permohonan untuk penangguhan, kerana parlimen akan bersidang selama beberapa minggu. Ia tidak tentu bila akan ada undi.

"Ia bukan isu mahkamah menghalang tertuduh daripada menghadiri parlimen.

"Perkara yang penting ialah anggota parlimen yang dituduh juga menghadapi tujuh pertuduhan. Saya menolak permohonan untuk penangguhan," kata Nazlan.

Advertisement

Perbicaraan hari ini bersambung dengan saksi utama iaitu bekas pengarah SRC International Suboh Md Yassin memberi keterangan yang dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff. - Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel