Connect with us

Mahkamah

Bukti Ku Nan terima cek RM2 juta akan dikemukakan – pendakwaan

Pihak pendakwaan dalam kes rasuah RM2 juta Tengku Adnan Tengku Mansor sedang membuktikan bahawa Setiausaha Agung BN itu meminta antara RM5 juta dan RM6 juta daripada sebuah pemaju swasta untuk digunakan pada pilihan raya kecil.

Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim yang membacakan penyataan pembukaan kes berkata keterangan akan menunjukkan Tengku Adnan telah mendapatkan untuk dirinya suatu barangan berharga iaitu wang RM2 juta tanpa balasan daripada Chai melalui cek Hong Leong Bank bernombor 136822 bertarikh 14 Jun 2016 milik Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd.

Loading…

Cek itu telah didepositkan ke dalam akaun CIMB bernombor 80-0117974-7 milik Syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang mana tertuduh merupakan pemegang saham terbesar syarikat itu dan tertuduh juga mengetahui bahawa syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasmi tertuduh, lapor Malaysiakini.

Julia berkata pendakwaan akan membuktikan bahawa pada 27 Jan 2015, Chai sebagai pengarah Syarikat Aset Kayamas telah menyerahkan surat “Cadangan Pembelian Tanah Untuk Tujuan Pembinaan Rumah Mampu Milik di Bawah harga RM200,000 dan Apartment Harga Bebas di atas Tanah Lot 53427 dan Lot 53653 seluas 4.05 hektar di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur” bertarikh 26 Jan 2015 kepada tertuduh secara kediri.

Advertisement

“Tertuduh telah memberi arahan kepada Zulkifli Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan melalui minit tertuduh iaitu “Ybhg Datuk Zul, sila teliti cadangan ini dan jika boleh dilaksanakan mengikut kaedah kongsi sama. Harap maklum balas, sila bincang dengan syarikat,” kata Julia pada hari pertama perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Beliau berkata keterangan akan menunjukkan bahawa permohonan pembelian tanah-tanah itu oleh Syarikat Aset Kayamas telah ditolak oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur melalui surat bertarikh 3 April 2015.

“Seterusnya, pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan menunjukkan bahawa Syarikat Aset Kayamas telah secara berterusan berurusan dengan YB Menteri Wilayah Persekutuan (tertuduh) terhadap penolakan itu dan lain-lain urusan berkaitan cadangan projek itu,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel