Connect with us

Mahkamah

Dana 1MDB: 12 Julai dengar permohonan penyiaran notis pihak ketiga

KUALA LUMPUR: Permohonan pihak pendakwaan berhubung penyiaran notis pihak ketiga yang mempunyai kepentingan ke atas wang yang disita daripada sembilan pihak termasuk UMNO Bahagian Pekan, yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan didengar pada 12,19 dan 26 Julai ini.

Sembilan pihak itu ialah Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib; Naza Quest Auto Sdn Bhd; Barisan Nasional (BN) Bahagian Johor Bahru; Yayasan Rahah; Sarawak United People’s Party (SUPP); Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah; UMNO Bahagian Pekan; Datuk Ibrahim Awang Ismail dan Habib Jewels Sdn Bhd selaku responden.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nik Haslinie Hashim ketika ditemui pemberita berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Mahyudin Mohmad Som menetapkan tarikh itu ketika sebutan kes berkenaan dalam kamarnya hari ini.

“Bagi kes membabitkan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, UMNO Bahagian Pekan, SUPP, Habib Jewels, Yayasan Rahah, Ibrahim dan Ismail, mahkamah menetapkan 12 Julai untuk mendengar permohonan pemohon (pendakwa raya) membabitkan penyiaran notis pihak ketiga.

Advertisement

“19 Julai ditetapkan bagi mendengar permohonan untuk BN Bahagian Johor Bahru dan 26 Julai bagi kes membabitkan Naza Quest,” kata Nik Haslinie yang turut memaklumkan bahawa semua permohonan akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Prosiding hari ini turut dihadiri peguam Md Yunos Shariff, mewakili Naza Quest, peguam Amin Othman mewakili Yayasan Rahah dan Ibrahim, peguam Amalin Mohd Zahid mewakili UMNO Pekan dan peguam Gooi Yong Shuh bertindak bagi pihak Habib Jewels.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dalam sidang akhbarnya baru-baru ini berkata permohonan perlucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Latheefa berkata tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) yang mana suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada 25 Jun lalu, Mahkamah Tinggi di sini memberi masa dua bulan, iaitu pada atau sebelum 25 Ogos ini untuk pihak pendakwaan mewartakan notis kepada pihak ketiga yang mempunyai kepentingan ke atas wang berjumlah lebih RM216 juta yang disita daripada tujuh pihak termasuk dua individu, parti UMNO dan beberapa syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Advertisement

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Tujuh pihak itu ialah UMNO; bekas Ahli Parlimen Paya Besar, Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan Ismail; Wanita MCA; syarikat pengurusan acara, Binsabi Sdn Bhd; syarikat pelaburan, Perano Sdn Bhd; Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah dan bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek selaku responden. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel