Connect with us

Mahkamah

‘Orang atas’ itu adalah Najib – Saksi kes dana SRC International beritahu mahkamah

Bekas pengarah bukan eksekutif SRC International Sdn Bhd, Datuk Suboh Md Yassin menyambung memberi keterangan terhadap perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berdepan tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International.

Perbicaraan yang masuk hari ke-30 diteruskan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dengan saksi ke-42 bekas Pengarah Bukan Eksekutif SRC, Datuk Suboh Md Yassin memberi keterangan.

Loading…

Suboh mendedahkan kepada mahkamah bahawa beliau pernah dihubungi bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil.

Suboh menjelaskan panggilan pada tahun 2015 itu dipercayai dari Shanghai China berdasarkan apa yang dilihat menerusi telefon pintar miliknya.

Advertisement

Memetik laporan Astro Awani, Suboh memberitahu Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ishak Mohd Yusoff bahawa Nik Faisal menghubunginya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lepas.

“Berdasarkan telefon saya, ia dari luar negara, dari Shanghai, jika saya tidak silap,” katanya kepada Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff.

Bekas pengarah SRC International itu juga memberitahu mahkamah bahawa SRC International melantik Ihsan Perdana Sdn Bhd sebagai rakan kongsi tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada tahun 2014 walaupun tanpa resolusi daripada pengarah.

Suboh berkata beliau bersetuju menandatangani surat tersebut untuk melantik IPSB bertarikh 3 September 2014 selepas Nik Faisal memberitahunya bahawa syarikat itu mahu melaksanakan CSR dan “orang atas” bersetuju.

Ketika disoal siapakah “orang atas” yang beliau maksudkan dalam keterangannya, Suboh berkata ia adalah Najib.

Advertisement

“Tiada keraguan dalam fikiran saya, apabila merujuk kepada orang atas, beliau merujuk kepada Datuk Seri Najib,” kata Suboh.

Suboh kemudian memberitahu mahkamah bahawa pelantikan IPSB ditandatangani pada tahun 2015 ketika beliau berada di Bangkok.

Baca: Nik Faisal mungkin telah paslukan tandatangan – Dana SRC

Bekas perdana menteri Najib Razak kini berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Baca: Enam kali SPRM ambil keterangan saya – Suboh Md Yassin

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel