Connect with us

Terkini

Kanak-kanak hilang dua hari ditemui disempadan Thailand

KUALA BESUT- Kanak-kanak berusia 9 tahun, Muhammad Saiful Aiman Mohammad, yang dilaporkan hilang dua hari lepas ditemui selamat di sekitar sempadan Thailand.

Perkara itu dimaklumkan kepada oleh ibunya, Siti Ruziana Sidek, 35, ketika ditemui di rumahnya sebentar tadi.

Loading…

Siti Ruziana berkata, penemuan anak ketiganya daripada empat adik beradik dimaklumkan kepadanya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman serta beberapa kenalan.

Katanya, seorang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut 2, bersama anggota polis akan membawanya ke Pengkalan Kubur iaitu kawasan sempadan antara Kelantan dan Thailand pagi ini.

Advertisement

“Muhammad Saiful Aiman akan dibawa balik nanti dan saya dimaklumkan beliau ditemui oleh beberapa orang kenalan dari Kuala Besut, ” katanya yang sempat melahirkan rasa syukur kerana anaknya juga berada dalam keadaan sihat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi mengesahkan penemuan kanak-kanak itu namun tiada maklumat lanjut setakat ini.- Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel