Connect with us

Terkini

Dr M Pelawa parti Melayu sertai Bersatu: ‘Bagi saya niatnya betul sebagai seorang ayahanda dan ahli negarawan’ – KJ

Pelawaan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad agar semua parti politik Melayu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempunyai niat yang baik.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, semua pihak perlu melihat pelawaan Pengerusi Bersatu itu dari sudut positif termasuk untuk menjadikan perpaduan Melayu kembali kuat.

Loading…

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, walaupun terdapat pihak yang seolah-olah menentang pelawaan itu, namun bagi beliau niat Mahathir itu adalah betul, lapor Kosmo!.

“Ada yang terus mengeluarkan kenyataan kata tak mahu dan ada juga yang gesa beliau (Mahathir) meminta maaf, kenapa tidak kita ambil positif dulu kerana bagi saya niatnya adalah betul sebagai seorang ayahanda dan ahli negarawan.

Advertisement

“Dalam ucapannya beliau menyatakan orang Melayu sekarang sudah berpecah yang mana mempunyai lebih empat dan enam parti, ini bermakna undi Melayu juga sudah berpecah,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Barat di sini hari ini.

Mahathir ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Johor di Dewan Serbaguna Johor Jaya, di Johor Bahru semalam mempelawa semua parti politik Melayu termasuk UMNO menyertai Bersatu dalam usaha menyatupadu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu.

Katanya, kewujudan semakin banyak parti politik Melayu menyebabkan potensi untuk mereka menang dalam pilihan raya semakin tipis.

Khairy menolak pendirian yang menyatakan bahawa Bersatu sepatutnya menyertai Umno dan bukan sebaliknya.

“Itu adalah perkara yang akan datang, ini bukan satu pertandingan mengenai siapa yang ada parti terbesar. Ini adalah sesuatu yang lebih fundamental,” kata Khairy seperti dipetik Malaysiakini.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel