Connect with us

Terkini

Cef Wan bidas mentaliti peneroka Felda, ‘beranak macam kucing’

Peneroka Felda perlu berusaha keras memajukan tanah masing-masing, bukan hanya menunggu subsidi kerajaan, kata cef selebriti Datuk Cef Wan.

Dipilih sebagai ikon Felda, Wan, 61, atau nama sebenar Redzuawan Ismail, berkata peneroka, walau tidak semua, sibuk di kedai kopi sambil menyalahkan kerajaan dan mengharapkan bantuan.

Loading…

“Ada subsidi baja pun dijual. Dapat duit lebih gatal boleh kahwin dua, tiga isteri lagi dan beranak-anak macam kucing,” catatnya di Instagram hari ini.

“Ini kisah benar dan berlaku dalam ramai penduduk Felda ketika saya membesar,” katanya yang kesal kerana sikap itu turut diwarisi generasi kedua dan ketiga, lapor Projek MM.

Advertisement

“Mereka mungkin tidak suka kata-kata saya tetapi inilah yang berlaku,” catatnya lagi.

Beliau membuat kritikan itu selepas mendapati lawatannya ke Sweden, Norway dan Australia mendapati petani-petani kecil saling bersaing dan menjenamakan produk sendiri sehingga menembusi pasaran antarabangsa.

Katanya, Jabatan Pertanian juga sepatutnya menswastakan tanah-tanah terbiar dan mengusahakannya dengan baik supaya dapat mengeluarkan hasil lumayan untuk negara.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel