Categories: Terkini

PH setuju umur 18 tahun berhak mengundi

PUTRAJAYA – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini bersetuju anak muda berumur 18 tahun berhak mengundi, kata Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri memberitahu pemberita selepas mesyuarat majlis presiden PH itu di sini hari ini bahawa turut dipersetujui ialah pendaftaran pengundi berumur 18 tahun secara automatik.

Loading…

Mengulas lanjut perkara itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang ditemui selepas mesyuarat itu berkata satu mesyuarat akan diadakan bersama pemimpin politik pada Rabu ini bagi memperhalusi isu tersebut termasuk memperkasakan belia.

Beliau yakin perkara itu dapat diselesaikan dalam sesi Parlimen ini.

Advertisement

“Akhirnya kami mencapai persetujuan di mana ketiga-tiga pindaan perlembagaan dibuat mengenai Undi 18, pendaftaran pengundi secara automatik (bagi mereka yang mencapai umur 18), dan menurunkan had umur menjadi calon kepada 18,” katanya.

Syed Saddiq berkata beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada pejabat Peguam Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya supaya tindakan dapat diambil.

Sementara itu, mengenai langkah China meningkatkan tahap keselamatan kapal-kapalnya yang berlayar di Selat Melaka, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang ditemui selepas mesyuarat itu berkata kawasan berkenaan dikawal oleh empat negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand.

Semasa ditanya sama ada kementeriannya menerima sebarang risikan mengenai risiko di selat berkenaan, beliau berkata: “Kawasan itu aman, selamat dan tiada lanun.” – Bernama

Advertisement
Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

22 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

23 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

5 days ago