Categories: Mahkamah

‘Luar biasa’, Najib arah KWAP beri pinjaman sebelum ada surat jaminan

KUALA LUMPUR, 10 Julai  — Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan supaya Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) mempercepatkan pengeluaran wang pinjaman kepada SRC International Sdn Bhd, lebih awal sebelum surat jaminan kerajaan dikeluarkan yang merupakan amalan luar biasa.

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan yang juga bekas Pengerusi KWAP Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, 67, berkata Najib mengarahkan demikian dalam satu panggilan telefon namun beliau tidak mengingati bila panggilan telefon itu dibuat.

Loading…

Panggilan telefon itu merujuk kepada permohonan SRC untuk mendapatkan pinjaman RM3.95 bilion daripada KWAP pada tahun 2011.

“Saya telah menerima panggilan dari Datuk Seri Najib supaya Kementerian Kewangan keluarkan surat kepada KWAP supaya KWAP dapat keluarkan lebih awal pinjaman yang dipohon, dan akan disusuli dengan surat jaminan kerajaan secepat mungkin,” kata saksi itu.

Advertisement

Wan Abdul Aziz merupakan saksi pendakwaan ke-45 berkata demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Datuk Suhaimi Ibrahim pada perbicaraan hari ke-35 kes Najib melibatkan dana SRC hari ini.

Kepada soalan Suhaimi adakah pengeluaran pinjaman sebelum surat jaminan kerajaan dikeluarkan itu adalah amalan biasa, saksi itu berkata tidak, sebaliknya ia adalah satu “amalan luar biasa”.

Ketika ditanya kenapakah arahan luar biasa itu tetap dilakukan, Wan Abdul Aziz berkata ia kerana kerajaan telah menjadi penjamin kepada pinjaman terbabit dan ia telah diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

Suhaimi turut menyoal sama ada Bekas Setiausaha Bahagian Pengurusan Pinjaman Pasaran Kewangan dan Aktuari Kementerian Kewangan, Datuk Maliami Hamad mengetahui berhubung panggilan telefon dari Najib itu.

“Saya beritahu Maliami bahawa Datuk Seri Najib arahkan Kementerian Kewangan mengeluarkan surat bagi tujuan pengeluaran wang itu dan saya minta Maliami keluarkan surat pada hari sama panggilan dibuat,” kata Wan Abdul Aziz.

Advertisement

Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd yang berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan dihadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung. — Bernama

Hakimi

Menulis demi berkongsi sesuatu bermanfaat dengan masyarakat. “Words are free, but how you use it will makes a different…”

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami KecederaanDisimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

13 mins ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

4 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

10 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago