Connect with us

Terkini

Nazri kata lantik Najib sebagai ketua penasihat BN langkah ke belakang

Keputusan BN untuk melantik bekas perdana menteri Najib Razak sebagai pengerusi lembaga penasihat gabungan itu sebagai langkah ke belakang, kata bekas setiausaha agung BN Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Nazri yang sebelum ini dikenali sebagai pemimpin yang kuat mempertahankan Najib menyifatkan perkembangan tersebut tidak baik buat Umno.

“Saya rasa ia regresif,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen lapor Malaysiakini hari ini.

“Kita (BN) kalah bawah siapa? Apa jenis nasihat yang beliau boleh berikan?” soalnya lagi sambil membangkitkan Najib sudah didakwa di mahkamah dan kini berdepan dengan perbicaraan.

Advertisement

Sebelun ini Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan Najib dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

Baca: Najib kata ‘Onnnnnn’ selepas dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat BN

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel