Connect with us

Terkini

KJ: Apa dia tahu pasal orang muda?

Pandangan bahawa pengaruh Najib Razak di kalangan orang muda menjadi faktor pelantikannya sebagai pengerusi Lembaga Penasihat BN disanggah oleh bekas ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

“Apa yang dia tahu pasal orang muda?” jawabnya ringkas ketika disoal pemberita berhubung isu itu di parlimen hari ini.

Loading…

Khairy diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman hari ini bahawa kempen “Bossku” yang dibawa Najib mencetuskan fenomena di kalangan orang muda, lapor Malaysiakini.

“Banyak orang muda nampaknya menyokong beliau (Najib), ‘Bossku’”.

Advertisement

“Jangan pandang rendah fenomena ini. Mereka ini (golongan muda) juga pengundi,” kata Tajuddin, yang turut melihat fenomena itu akan menguntungkan BN jika had umur mengundi diturunkan kepada usia 18 tahun.

Tajuddin ketika itu diminta mengulas kritikan yang dibuat Khairy bersama Nazri Abdul Aziz semalam, berhubung pelantikan Najib selaku penasihat BN. 

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel