Connect with us

Terkini

Kutipan GST RM19.4 bilion tidak hilang: PAC

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesahkan tiada kehilangan wang RM19.4 bilion dalam kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Rumusan itu dibuat dan disahkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selepas memulakan prosiding mengenai perkara itu pada 12 September tahun lalu selepas memanggil 10 orang saksi.

Pengerusi PAC, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, hasil GST yang tidak dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST telah digunakan untuk tujuan membiayai perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Loading…

Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong berkata kerajaan sebelum ini telah terlebih anggar hasil GST bersih yang dikutip pada kadar 65 peratus daripada jumlah kutipan hasil GST.

Advertisement

“Penangguhan pemindahan dana dari Akaun Hasil Disatukan ke Kumpulan Wang Bagi Pembayaran Balik GST dibuat untuk menjaga kedudukan aliran wang tunai negara supaya tidak berada di dalam keadaan defisit pengurusan di mana perbelanjaan mengurus tidak boleh melebihi hasil.

“Kerajaan telah mengumumkan akan membuat pembayaran balik cukai GST dalam tahun 2019 dengan menggunakan sebahagian daripada dividen khas Petronas berjumlah RM30 bilion,” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam Dewan Rakyat pada Ogos tahun lalu yang menyatakan bahawa tuntutan bayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion telah ‘dirompak’ kerajaan terdahulu.

Noraini berkata penetapan dasar untuk memindahkan 35 peratus daripada jumlah kutipan hasil GST bagi setiap tahun dari Kumpulan Wang Disatukan ke Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST apabila diperlukan adalah tidak mencukupi dan memerlukan sekurang-kurangnya 42 peratus.

“Ini adalah tidak selaras dengan peruntukan Seksyen 54(2) dan Seksyen 54(5) Akta GST 2014. Penetapan dasar untuk memindahkan 35 peratus daripada jumlah kutipan hasil GST bagi setiap tahun dari Kumpulan Wang Disatukan ke Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST apabila diperlukan adalah tidak mencukupi untuk menampung permohonan pembayaran balik GST.

Advertisement

“Berdasarkan keterangan ketika prosiding, PAC Parlimen mendapati kadar penetapan dasar sewajarnya adalah sekurang-kurangnya 42 peratus,” kata beliau.

PAC hari ini, membentangkan Laporan PAC Parlimen berhubung tuntutan tunggakan bayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di bawah Kementerian Kewangan dan orang ramai yang berminat untuk membaca laporan PAC tersebut boleh memuat turun laporan berkenaan dari laman web PAC di www.parlimen.gov.my. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel