Categories: Mahkamah

Saksi sahkan beri RM2j pada Ku Nan

Pengarah Urusan Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd, Chai Kin Kong, hari ini mengesahkan pembayaran cek RM2 juta kepada Tengku Adnan Tengku Mansor yang telah meminta sumbangan daripada beliau adalah untuk dana politik.

Chai, 60, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu menyatakan bahawa Umno memerlukan dana politik kira-kira RM5 juta hingga RM6 juta untuk pilihan raya kecil.

“Beliau (Tengku Adnan) hanya bertanya kepada saya berapa yang saya boleh bagi.

Loading…

“Saya pula tidak menjanjikan berapa jumlah yang akan diberikan tetapi akan menyerahkan cek sumbangan itu kepada beliau apabila saya sudah mempunyai wang,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim.Iklan

Advertisement

Penyataan saksi pendakwaan ke-19 itu diterjemah jurubahasa mahkamah daripada bahasa Kantonis pada hari ketujuh perbicaraan kes rasuah RM2 juta yang dihadapi Tengku Adnan, yang juga bekas Setiausaha Agung Umno.

Menurut Chai, Tengku Adnan memberikan nama syarikat yang akan digunakan untuk memberi sumbangan itu, Syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd.

“Pada ketika itu, saya tidak tahu siapa pemilik syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd dan saya juga tidak tanya beliau kenapa wang sumbangan itu perlu dibuat kepada Tadmansori Holdings dan bukan akaun Umno.

“Saya atau syarikat-syarikat saya tidak pernah berurusan dalam perniagaan dengan Tadmansori Holdings,” tambahnya.

Saksi itu, yang terlibat dalam bidang perniagaan antaranya pembalakan, pembinaan dan perhotelan berkata, beliau kemudian memutuskan untuk memberi sumbangan RM2 juta kerana hanya mampu memberi wang sebanyak itu sahaja.

Advertisement

Sehubungan itu, Chai mengarahkan akauntannya menyediakan cek Hong Leong Bank milik Aset Kayamas berjumlah RM2 juta untuk dibayar kepada Tadmansori Holdings.

“Selepas cek disediakan oleh akauntan, saya turunkan tandatangan saya dan serahkan cek itu kepada Tengku Adnan.

“Seingat saya, saya serahkan cek ini kepada Tengku Adnan sendiri semasa berjumpa beliau di pejabatnya di DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).

“Saya sering ke pejabat Tengku Adnan di DBKL sejak mula membuat projek Rumawip (Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan) bagi membincangkan hal dan masalah berkaitan projek itu,” katanya.

Terdahulu, Chai berkata beliau mula mengenali Tengku Adnan semasa menjalankan perniagaan pembalakan di Jerantut, Pahang sekitar 1980-an berikutan komuniti pembalak pada ketika itu kecil sahaja.

Advertisement

Sejak itu, katanya, beliau berkawan dengan Tengku Adnan dan masih mengekalkan hubungan dengannya sehingga kini.

“Pada sekitar September 2013, ketika Tengku Adnan memegang jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan telah bertanya sama ada saya boleh membuat perumahan mampu milik untuk Wilayah Persekutuan.

“Tengku Adnan merancang untuk membuat rumah mampu milik berharga bawah RM300,000 dan meminta saya untuk mencari tanah yang sesuai untuk dibangunkan sebagai rumah mampu milik. Saya telah bersetuju dengan cadangan Tengku Adnan,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan didakwa menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan, Chai Kin Kong, melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik syarikat Aset Kayamas yang didepositkan ke akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holdings yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Tengku Adnan dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Bhd, Cawangan Pusat Bandar Damansara pada 14 Jun 2016.

Advertisement

Beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok. – Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago