Categories: Terkini

Dua harimau berkeliaran mungkin haiwan peliharaan

Dua ekor harimau yang ditemui berkeliaran di sekitar Kampung Besul, Bukit Besi di Dungun pagi semalam berkemungkinan haiwan peliharaan berdasarkan sifatnya yang jinak, kata Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Dr Abdul Malek Mohd Yusof.

Dr Abdul Malek berkata pihaknya mengesyaki dua ekor harimau yang dipercayai seekor betina dan anak jantannya itu adalah haiwan peliharaan yang dilepaskan oleh pemiliknya ke dalam hutan sebelum tersesat memasuki kawasan kampung.

Loading…

“Selain itu kami juga beranggapan bahawa sifat jinak haiwan ini mungkin disebabkan faktor penyakit yang menyebabkan ia (harimau) kelihatan kurang bertenaga sehingga terpaksa dilepaskan ke dalam hutan.

“Bagaimanapun, kami tidak dapat pastikan perkara ini dengan tepat sebelum haiwan itu dapat ditangkap dan jika diikutkan binatang ini secara amnya sukar untuk dapat penyakit,” katanya malam tadi ketika ditemui pemberita di lokasi harimau itu ditemui berkeliaran.Iklan

Advertisement

Semalam tular di laman sosial mengenai kehadiran dua ekor harimau di Kampung Besul, Bukit Besi sekitar 10 pagi dan perkara itu disahkan oleh Dr Abdul Malek.

Dr Abdul Malek berkata sejak petang semalam, pihaknya telah mengerah 20 kakitangan Perhilitan ke lokasi kejadian untuk mengesan serta menangkap dua ekor harimau itu.

Beberapa perangkap juga telah dipasang di lokasi yang dikenal pasti dan diharap akan membuahkan hasil dalam masa segera bagi menghilangkan kegelisahan penduduk kampung.

“Oleh itu saya minta untuk sementara waktu ini penduduk kampung menghentikan dahulu aktiviti hutan bagi mengelak risiko diserang.

“Jika terserempak jangan cuba bertindak berani dengan mendekatinya kerana bimbang akan diserang haiwan itu yang merasakan dirinya terancam,” katanya.

Advertisement

Beliau juga menasihati penduduk kampung supaya bertenang dan bersabar kerana pihak Perhilitan sedang berusaha menangkap kedua-dua harimau itu.– Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

3 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

7 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

13 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago