Connect with us

Mahkamah

2 kad kredit milik Najib diguna belanja RM3.3j dalam sehari – Saksi

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa dua kad kredit milik Najib Razak digunakan untuk membelanjakan RM3.3 juta dalam masa satu hari, di De Grisogono, butik barang kemas mewah, di Itali pada 2014.

Perkara ini didedahkan oleh Naib Presiden Kanan Ambank yang bertanggungjawab bagi kelulusan kad dan pengurusan penipuan kredit kad Yeoh Eng Leong, 58, pada hari ke-37 perbicaraan bekas perdana menteri itu berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Loading…

Saksi ke-47 pendakwaan itu berkata sejumlah RM456,360.51 telah dibelanjakan menggunakan kad kredit Visa Platinum dan RM2,864,309.54 menggunakan kad kredit Master Platinum.

Saksi itu berkata perbelanjaan berkenaan berlaku pada 8 Ogos, 2014.

Advertisement

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lufti Mohamed.

Budiman Lutfi: berapakah jumlah had penggunaan kedua-dua kad kredit tersebut?

Yeoh: Had penggunaan kedua-dua kad ialah RM3 juta.

Budiman Lutfi: Ada apa-apa bayaran dibuat untuk jumlah itu?

Yeoh: Ya. Untuk Kad visa, (pembayaran) RM449,586.95 telah dibuat sementara untuk kad Master RM2, 833,147.21.

Advertisement

Saksi itu juga berkata pada awal Januari 2015, sebanyak RM466,330.11 lagi dibelanjakan di Chanel, butik eksklusif di Honolulu, Amerika Syarikat menggunakan kedua-dua kad kredit.

Beliau berkata kad-kad itu juga digunakan untuk membuat bayaran RM127,017.46 di Shangri-La Hotel di ibu negara Thailand.

Sementara itu, semasa pemeriksaan balas oleh peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib, saksi itu saksi itu bersetuju bahawa menurut penyata kad kredit bertarikh April 2015, bayaran terakhir dibuat oleh seorang yang bernama Nik Faisal Ariff Kamil (bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC).

Semasa pemeriksaan semula oleh Budiman Lutfi, Yeoh berkata semua pembayaran dibuat melalui akaun semasa Ambank Najib yang berakhir dengan nombor 880.

Beliau juga memberitahu bahawa Najib tidak mengambil tindakan berhubung penyata kad kredit tersebut.

Advertisement

Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel