Categories: Terkini

Reman Haziq sambung 3 hari lagi – Polis

Sehingga kini, polis telah menahan 11 individu termasuk Haziq Abdullah dengan tujuh daripadanya dibebaskan selepas tempoh reman tamat serta keterangan diambil.

Tempoh tahanan reman bekas Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan dua individu yang tamat hari ini, disambung tiga hari lagi sehingga Selasa.

Loading…

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,Huzir Mohamed berkata selain itu, seorang ahli perniagaan yang ditahan di Shah Alam semalam, turut direman bagi tempoh yang sama.

“Seorang lagi individu yang ditahan bersama ahli perniagaan itu bagaimanapun dibebaskan selepas keterangan diambil,” katanya kepada Bernama.

Advertisement

Sehingga kini, polis telah menahan 11 individu termasuk Haziq Abdullah dengan tujuh daripadanya dibebaskan selepas tempoh reman tamat serta keterangan diambil.

Sementara itu, Huzir berkata pihaknya akan memanggil dua ahli politik bagi membantu siasatan kes video seks yang memaparkan individu mirip seorang menteri.

“Kedua-dua akan beri keterangan dalam masa terdekat,” katanya.

Baru-baru ini, klip video seks memaparkan aksi dua lelaki tular di media sosial dan Haziq Abdullah pada 12 Jun lepas mengaku dirinya seorang daripada lelaki dalam rakaman itu.

Pada Khamis, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata analisis CyberSecurity Malaysia mendapati kebarangkalian video itu tulen adalah tinggi.– Bernama

Advertisement

Hakimi

Menulis demi berkongsi sesuatu bermanfaat dengan masyarakat. “Words are free, but how you use it will makes a different…”

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

12 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

16 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

21 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

3 days ago