Connect with us

Hiburan

Akui kesilapan muat naik sedutan filem The Lion King, Neelofa tampil buat permohonan maaf

Selepas menerima kecaman daripada netizen, pelakon dan pengacara, Neelofa membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapannya kerana berkongsi rakaman sedutan filem The Lion King di Instastory miliknya semalam.

Tindakannya itu turut mendapat perhatian daripada pihak panggung wayang seperti GSC Cinema dan TVG Cinema yang menegaskan tindakan itu jelas melanggar undang-undang dan merupakan satu kesalahan yang serius.

Loading…

Neelofa kemudian memberi penjelasan menerusi Instagramnya semalam berkata, tindakannya memuat naik babak filem The Lion King telah dilakukan tanpa sengaja disebabkan keterujaannya untuk berkongsi dengan pengikutnya mengenai filem animasi popular tersebut.

Tegasnya lagi, dia tidak berniat untuk melanggar undang-undang berkaitan hak cipta dan sebagai artis dia sangat menghormati akan harta intelek.

Advertisement

Menyedari kesilapannya itu, Neelofa menjelaskan dia akan sepenuhnya bertanggunjawab di atas kesalahan yang telah dilakukannya.

“Saya tidak sedar bahawa tindakan itu boleh mencetuskan masalah lain. Justeru, saya mengambil sepenuhnya tanggungjawab terhadap kesilapan yang saya lakukan. script async src=”//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js”>

“Saya juga berharap orang lain akan belajar daripada kesilapan ini dan akan lebih berhati-hati pada masa depan,” kata pelakon dan pengacara program Meletop itu. -Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel