Categories: Mahkamah

Pengurus bank sahkan RM1.13 bilion dipindah ke akaun Najib

Bekas pegawai bank yang menguruskan akaun bekas perdana menteri Najib Razak di AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa sebanyak RM1.13 bilion telah dipindahkan ke akaun Najib antara 2011 dan 2013.

Joanna Yu Ging Ping, 48, yang juga bekas Pengurus Perhubungan AmBank berkata Najib menerima AS$369.99 juta menerusi beberapa pemindahan wang antara 2011 dan 10 Jan 2013.

Saksi ke-54 itu berkata demikian semasa diperiksa balas oleh peguam Najib, Harvinderjit Singh, pada hari ke-45 perbicaraan Najib terhadap tujuh pertuduhan menyalahgunakan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Loading…

Harvinderjit: Jumlah semua mata wang asing yang dipindahkan ke akaun Najib yang bernombor akhir 694 ialah AS$369.99 juta?

Advertisement

Yu: Ya.

Harvinderjit: Dan jumlah itu bersamaan dengan RM1.136 bilion?

Yu: Ya.

Sebelum itu, Yu juga mengesahkan bahawa AS$100 juta telah dipindahkan ke akaun semasa Najib yang nombor akhirnya 694 itu pada 2011.

Harvinderjit menyoal Yu untuk mengesahkan bahawa akaun Najib menerima kira-kira AS$100 juta pada 2011, menerusi dua pemindahan wang sebanyak AS$10 juta masing-masing, satu pemindahan sebanyak AS$50 juta dan satu lagi pemindahan wang sebanyak AS$30 juta dan saksi berkenaan mengesahkan jumlah itu.

Advertisement

Sementara itu Yu berkata ahli perniagaan yang juga orang buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low memainkan peranan penting dalam membuat keputusan bagi pengurusan akaun Najib.

Yu berkata bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Kamil yang juga pemegang mandat bagi akaun-akaun itu seolah-olah seperti seseorang yang hanya menjadikan arahan-arahan itu rasmi.

Harvinderjit: Kamu kata “Jho menghantar kepada saya semua arahan-arahan ini, saya katakan kepadanya supaya memberitahunya kepada Nik Faisal. Kenapa kamu menyuruh Jho?

Yu: Pada fikiran saya, mereka telah membincangkan perkara itu.

Harvinderjit: Perbualannya ialah kamu menerangkan kepada seseorang yang tiada pengetahuan mengenainya?

Advertisement

Yu: Mungkin…ya.

Harvinderjit: Saya menganggap kamu mendapat semua maklumat ini daripada Jho dan kamu menjadikannya rasmi dengan Nik Faisal?

Yu: Ya.

Harvinderjit: Adakah kamu bersetuju bahawa arahan-arahan itu datang daripada Jho dan Nik Faisal hanya menjadikannya rasmi?

Yu: Nampaknya macam itulah.

Advertisement

Najib, 66, menghadapi tiga tuduhan pecah amanah jenayah, satu tuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung. – Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Penyanyi dan pelakon veteran Datuk Abdul Hail Amir meninggal… Read More

4 hours ago

‘Bila ibu ibu naik angin, rasain lo!’ – sekumpulan wanita mengamuk robohkan rumah perogol kanak-kanak perempuan

Sekumpulan wanita mengamuk dan melepaskan kemarahan dengan merobohkan rumah suspek perogol kanak-kanak perempuan bawah umur.… Read More

9 hours ago

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

1 day ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

1 day ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

1 day ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago