Connect with us

Kemalangan

Mayat pelajar pratikal ditemui lemas

Mayat seorang pelajar lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir dari sebuah kapal tunda tempatnya bertugas akhirnya ditemui.

Mangsa dikatakan sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat operator pelabuhan di Kuala Linggi.

Mangsa, Muhammad Afizuddin Aidzuhan, 20, disedari hilang sejak malam ahad yang lalu.

Mayat mangsa hanya ditemui pada jam 12.45 tengah hari semalam oleh sekumpulan nelayan yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Advertisement

Loading…

Menurut Timbalan Pengarah Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Komander Maritim Azman Samsudin, mayat mangsa ditemui pada jarak 3.9 batu nautika dari tempat dia katakan terjatuh.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat sebelum dibawa ke Damansara, Selangor untuk dikebumikan.

Mangsa dikatakan sudah enam bulan menjalani latihan industri di kapal ‘Tag Nur Tiga’. Dia dilaporkan dilihat kali terakhir pada malam ahad , sekitar jam 11.50 malam.

Kejadian berlaku di perairan Selat Melaka kira-kira 2 batu nautika dari Jeti Nelayan Kampung Tanjung Dahan, Kuala Linggi. – Malaysia Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel