Connect with us

Berita Lain

Abah perlu belajar dari Tun M, Suka atau tidak Tun M terlalu genius! – Anak Zahid luah perasaan di Instagram

Pengumuman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad untuk kembali memikul tugas Presiden UMNO mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk anak sulungnya, Datuk Nurulhidayah.

Dalam entri di IG stories, Nurul berharap ayahnya belajar daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Abah perlu buat dan belajar banyak cara dari Tun M. Hanya jauhari mengenal manikam. Suka atau tidak Tun M terlalu genius.

“Datuk Seri Najib terlalu baik dan lembut dan orang pijak dia tanpa belas,” katanya.

Advertisement

Malah, Nurul berkata, belajar daripada Dr. Mahathir adalah lebih baik berbanding mendapatkan ilmu yang bertujuan memperoleh kekayaan.

“Abah, belajar dari Tun M! Belajar dari dia yang hati kering. Tak payah belajar cara nak bagi anak-anak kaya. Bukan boleh bawa duit, harta masuk kubur. Demi Islam,” tambahnya lagi seperti dilapor Astro Awani.

Nurul mahu ayahnya, Zahid jadikan Tun Mahathir sebagai contoh +

Nurul mahu ayahnya, Zahid jadikan Tun Mahathir sebagai contoh

Baca: Ahmad Zahid umum kembali bertugas sebagai presiden Umno

Pada Ahad, Ahmad Zahid  pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Bagan Datuk, mengumumkan untuk kembali menggalas jawatan Presiden UMNO dan menamatkan cuti berkuat kuasa serta-merta.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel