Connect with us

Terkini

Annuar bersumpah wang dalam akaun Umno tiada kaitan 1MDB

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa hari ini bersumpah bahawa wang dalam akaun parti itu yang dibekukan pihak berkuasa selepas PRU ke-14 tiada kaitan dengan 1MDB.

“Wallahi, wabillahi, watallahi, saya boleh bersumpah bagi pihak Umno, pitih (duit) yang dibekukan dalam akaun Umno itu tiada satu sen pun yang ada kena mengena atau terkait dengan 1MDB,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Kuala Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini.

Loading…

Beliau mendakwa dana dalam akaun parti itu ketika ia dibekukan diperolehi pada 2016 dan 2017.

“Saya berani buat ketegasan ini sebab saya sudah tengok dokumennya secara terperinci.

Advertisement

“Tuduh terima dari akaun Najib berlaku pada tahun 2011, 2012, 2013. Pada 2014 habis licin duit yang diterima daripada akaun Najib. Duit yang ada pada tahun 2018 adalah hasil dari tahun 2016 dan 2017, tidak ada kena mengena dengan 1MDB,” katanya lagi seperti dilapor Malaysiakini.

Beliau berkata dokumen perlu dikemukakan bagi membuktikan Umno memang menerima wang daripada 1MDB.

Pada 28 Jun 2018, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk Umno yang mempunyai kaitan dengan siasatan 1MDB.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel