Connect with us

Terkini

Anwar dakwa terima cukup sokongan MP untuk jadi PM

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa menerima sokongan penuh daripada ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) untuk menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri kelapan.

Sehubungan itu, Anwar dengan tegas menafikan khabar angin kononnya Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR bakal menjadi ancaman yang menghalang dirinya menjawat jawatan nombor satu dalam pentadbiran negara itu.

Loading…

“Biar saya beritahu ini, tiada isu pun (berhubung jawatan Perdana Menteri). PH tetap dengan pendirian, tiada perubahan. Saya bertemu Perdana Menteri untuk bermesyuarat setiap minggu, jadi perbincangan itu berjalan lancar.

“Apa isunya? Saya mempunyai jumlah (sokongan) dan daripada Perdana Menteri. Tidak adil untuk saya atau kepada Mohamed Azmin juga untuk menyatakan sebaliknya,” katanya seperti dipetik Utusan Online dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Advertisement

Baca: 26 pemimpin PKR keluar kenyataan bersama tegur Anwar

Turut hadir bersama Anwar dalam sidang akhbar tersebut adalah dua ahli parlimen yang turut menandatangani satu kenyataan bersama sebagai sokongan kepada Azmin pagi tadi.

Baca: Bercuti jalan terbaik – Abdullah Sani nasihat Azmin

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel