Connect with us

Terkini

Azmin kongsi ayat Quran berkaitan saranan berbaik sangka dan tuduhan dusta

Menteri ekonomi Mohamed Azmin Ali hari ini berkongsi sepotong terjemahan ayat al-Quran berkaitan saranan berbaik sangka dan menolak tuduhan dusta.

Sempena hari Jumaat, Azmin berkongsi terjemahan ayat 12 daripada surah An-Nur yang maksudnya:

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.”

Beliau mengguna pakai tanda pagar #TwitJumaat #JumaatSA dan #SayyidulAyyam (penghulu segala hari).

Advertisement

 Azmin sedang berdepan tuduhan terlibat dalam asmara sejenis dengan bekas pemimpin akar umbi PKR Haziq Abdullah Abdul Aziz.Haziq, yang telah dipecat dari PKR, mengaku pelaku dalam video kontroversi yang disebarkan kepada wartawan itu.

Azmin bagaimanapun menafikannya, mengancam tindakan undang-undang dan mendakwa terdapat komplot untuk menjatuhkannya.

Polis semalam berkata kebarangkalian video itu tulen adalah tinggi tetapi muka pelakunya tidak dapat dicam.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pihak berkuasa juga mendakwa terdapat pakatan jahat melibatkan pemimpin sebuah parti parti politik dan melibatkan upah ratusan ribu ringgit dalam penghasilan video itu.

-laporan Malaysiakini

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel