Connect with us

Terkini

Azmin setuju tiada tempoh muktamad 2 tahun untuk Dr Mahathir berundur

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali hari ini membayangkan bahawa beliau bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir bahawa tiada persetujuan muktamad untuk peralihan kuasa kepimpinan berlaku dalam tempoh dua tahun.

Mohamed Azmin menyokong kenyataan Mukhriz Mahathir yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), supaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberi tempoh secukupnya untuk memulihkan masalah ekonomi negara yang sedang dihadapi.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR memberi jawapan bersetuju apabila ditanya wartawan dengan soalan berkenaan peralihan kuasa antara Dr Mahathir dengan Anwar.

Loading…

“Setuju,” kata Mohamed Azmin ketika diajukan soalan oleh pemberita berkaitan perkara itu selepas merasmikan Karnival Kerjaya Graduan Aspire di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pagi tadi.

Advertisement

Mohamed Azmin mengulas kenyataan Mukhriz dalam satu wawancara dengan Nikkei Asian Review, baru-baru ini bahawa tiada perjanjian peralihan kuasa perlu berlaku dalam tempoh dua tahun.

Katanya, mungkin ada cadangan sebegitu tetapi tidak dinyatakan sama ada atas kertas mahupun perjanjian secara lisan.

“Tiada perjanjian peralihan kuasa perlu berlaku dalam tempoh dua tahun.

“Mungkin ada cadangan seperti itu, tapi tiada yang dinyatakan di atas kertas atau perjanjian secara lisan,” ujar Mukhriz seperti dipetik dalam wawacara tersebut.

Mukhriz juga menegaskan bahawa Dr Mahathir perlu diberikan masa yang cukup untuk buat apa yang mahu meskipun umur Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sudah lanjut.

Advertisement

“Dia (Dr Mahathir) perlu diberikan masa yang cukup untuk buat apa yang dia mahu.

“Walaupun kita tahu umurnya sudah lanjut, tapi dia tidak menunjukkan sebarang tanda untuk memperlahankan langkah,” katanya lagi. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel