Connect with us

Terkini

Azmin ucap Alhamdulillah, syukur…

Selepas Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mendedahkan hasil laporan analisis pakar ke atas video intim, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menzahirkan rasa syukurnya dipercayai merujuk kepada kes tersebut kerana sebelum ini dirinya dikaitkan sebagai individu yang terlibat dalam video berkenaan.

“Alhamdulillah, syukur,” kata Mohamed Azmin menerusi Twitter rasmi beliau.

Loading…

Terdahulu Abdul Hamid mengesahkan video intim Haziq Abdullah Abdul Aziz yang didakwa melibatkan Mohamed Azmin adalah tulen namun katanya, pihak Cybersecurity tidak dapat memastikan seratus peratus pelaku dalam video berkenaan yang tular sebelum ini.

“Jawapan yang kami terima, mereka kata tulen. Tapi mereka tak dapat sahkan seratus peratus siapa pelaku-pelaku dalam tu (video).

Advertisement

“Saya selaku ketua polis negara tidak boleh memandai-mandai… perkara itu menjadi subjek dalam perbicaraan sekiranya dibawa ke muka pengadilan.

“Saya harap orang ramai khususnya faham tentang kekangan tanggungjawab saya sebagai ketua polis negara,” kata Abdul Hamid lagi.

Abdul Hamid juga mendedahkan video intim Haziq Aziz dengan individu didakwa sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali itu dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit.

“Hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mendedahkan wujud pakatan jahat yang didalangi seorang pemimpin sebuah parti politik, bertujuan mengaibkan dan menjatuhkan reputasi individu tertentu.

“Video disebarkan dengan tujuan membangkitkan kegusaran masyarakat itu, dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit,” kata Abdul Hamid dalam satu kenyataan. – Malaysian Update

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel