Connect with us

Jenayah

Cekik, tumbuk punca Aisyah dan Syafie putus tunang?

Pelakon Mukhsin semalam telah ditahan polis selepas didakwa telah bertindak kasar dengan mencekik dan tumbuk muka bekas tunangnya. Tindakan itu dikatakan menjadi punca sebenar pertunangan mereka putus pada 21 julai lalu.

Penahanan pelakon itu pada sabtu terjadi setelah bekas tunangnya, Aisyah, membuat laporan polis terhadap Syafie Naswip kerana mencederakannya.

Loading…

Bagaiamanapun, Syafie dibebaskan pada ahad dengan jaminan polis setelah keterangannya diambil.

Hasil siasatan, pelakon tersebut mengaku salah mencederakan bekas tunangnya.

Advertisement

Aisyah, dalam laporannya mendakwa Syafie telah datang ke rumahnya pada 26 jun lalu di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan kira-kira pukul 9 pagi dan berlaku pertengkaran antara mereka di dalam kereta milik Syafie.

Pertengkaran berlaku bila Aisyah menasihati bekas tunangnya itu untuk meninggalkan salah satu tabiat buruk.

Namun, Syafie didakwa telah mengeluarkan kata-kata kesat pada Aisyah sebelum bertindak kasar dengan mencekik dan menumbuk mukanya.

Menurut Aisyah, dia lambat membuat laporan kerana ingin cuba menyelesaikannya secara baik tetapi suspek didakwa bertindak berlebihan.

Aisyah dan Naswip bertunang pada 7 April lalu pada sebuah majlis tertutup.

Advertisement

Bagaimanapun, ikatan pertunangan mereka terlerai pada 21 Julai lalu. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel