Connect with us

Terkini

Cincin tersekat dijari, Ning Baizura terpaksa minta bantuan bomba

Menerusi laman sosial Instagram Ning Baizura pada malam sabtu lalu, dia telah berkongsi detik cemas dimana dia telah mendapatkan bantuan bomba untuk memotong cincin di jarinya.

Momen cemas itu terjadi apabila cincin berbentuk ikan yang dipakainya ketika membuat persembahan malam kelmarin (jumaat) telah tersekat di jari tengah tangan kirinya.

Loading…

Hal itu membuatkan jarinya bengkak sehingga dia terpaksa mendapatkan rawatan di klinik serta balai bomba berdekatan.

“Setiap kali ada persembahan saya akan pakai aksesori dan dalam keadaan yang tergesa-gesa saya telah memaksa diri pakai sebentuk cincin.

Advertisement

“Namun sebaik pulang rumah, cincin tidak boleh ditanggalkan dan saya biarkan semalam hingga menyebabkan jari saya membengkak.

“Saya cuba bermacam cara dan mencari di internet cara untuk menanggalkan cincin tersebut. Saya cuba tanggalkan guna sabun dan minyak tapi tidak berjaya.

“Suami dan mak sarankan untuk jumpa doktor. Tapi doktor suruh saya dapatkan bantuan bomba kerana mereka tidak punya peralatan yang sesuai untuk tanggalkan cincin terbabit.” Katanya lagi.

Ning Baizura bagaimanapun lega dan berterima kasih kepada pasukan bomba yang telah membantunya dalam menyelesaikan masalah tersebut.

“Walaupun ianya kes kecil, tapi mereka telah melakukan yang terbaik”. Katanya menerusi satu video di laman Instagramnya semalam. – Malaysian Update

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel