Connect with us

Terkini

Dewan Rakyat luluskan usul wajibkan Ahli Parlimen isytihar harta

Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan usul untuk mewajibkan semua Anggota Parlimen mengisytiharkan harta masing-masing.

Pengisytiharan harta turut melibatkan pihak pembangkang dan keluarga mereka yang perlu mengisytiharkan pendapatan dan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Loading…

Rang undang-undang itu diterima selepas tiada bantahan dibuat semasa undian walaupun pada awalnya pembangkang bangkit berbahas untuk menolaknya.

Pembangkang mendakwa usul itu tidak selari dengan peraturan dewan dan berbahas hampir lima jam sebelum Menteri di Jabatan Perdana Menteri membuat penggulungan dan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof membuat undian suara.

Advertisement

Mohamad Ariff bertanya sama ada usul tersebut dipersetujui, kedengaran anggota parlimen menjeritkan: “Setuju!” sebagai tanda sokongan.

Beliau kemudian bertanya sama ada terdapat anggota Dewan Rakyat yang menolaknya namun tiada suara yang tidak bersetuju kedengaran.

“Tidak ada suara yang tidak bersetuju,” kata Mohamad Ariff.

Beliau kemudiannya menangguhkan sidang untuk hari ini. – Malaysian Update

Baca: Islam larang isytihar harta, boleh timbulkan rasa dengki, kata Tuan Ibrahim

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel