Connect with us

Terkini

Dituduh ‘penipu’, KPN laporkan Lokman ke polis

MELAKA – Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bagi membantu siasatan kes penyebaran video seks mirip menteri Kabinet baru-baru ini tidak wajar dipersoalkan kerana ia mengikut undang-undang.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata penahanan yang bertujuan untuk membantu siasatan itu diputuskan pasukan penyiasat PDRM dan mereka berhak memanggil atau menahan mana-mana individu untuk tujuan itu.

Loading…

“Saya tidak akan memberi satu laluan sesuka hati (kepada polis) di mana mereka bertindak sesuka hati atau menganiaya orang. Saya tidak melihat penahanan ini tidak adil…ini semua tuduhan politik dan saya tidak mahu terlibat dengan polimik politik mana-mana pihak baik dalam kerajaan atau di sebelah sana,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Agung Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRP) ke-90 tahun 2019 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Politik Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mempersoalkan penahanan remannya berkaitan kes video intim tersebut sebagai tidak adil.

Advertisement

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata pihaknya menggesa semua pihak memberi ruang kepada PDRM menjalankan siasatan kes tersebut kerana ia masih dalam siasatan dan segala tindakan yang dilakukan atau diputuskan tidak boleh dibuat secara terburu-buru.

“Saya tidak cakap siasatan sedia ada muktamad kerana ia masih berjalan…setiap tindakan perlu dilakukan mengikut langkah demi langkah tanpa tekanan sesiapa,” katanya.

Beliau berkata kertas siasatan yang lengkap nanti akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.

Sementara itu, katanya beliau telah membuat satu laporan polis terhadap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang menuduh beliau sebagai seorang ‘penipu’ berhubung siasatan kes penyebaran video seks tersebut dan ia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

“Semua pihak boleh mengeluarkan apa sahaja kenyataan berhubung isu ini tetapi saya tidak dapat menerima tuduhan mengatakan sebagai ketua polis negara menipu,” kata beliau.

Dalam perkembangan lain, terdahulu Abdul Hamid berharap kerajaan dapat menyegerakan penyelarasan elaun pegawai dan anggotanya sama seperti kakitangan dalam perkhidmatan awam lain antaranya elaun perumahan, Bayaran Insenstif Tugas Am dan kenaikan gaji tahunan.

Advertisement

Katanya sebagai pasukan yang istimewa daripada segi undang-undang, PDRM sepatutnya diberikan pengiktirafan untuk menikmati elaun tertentu sama seperti kakitangan di jabatan atau agensi kerajaan lain.

“Kalau guru dan perkhidmatan kesihatan yang bertugas contohnya di Pantai Timur Sabah, mereka menikmati elaun begitu tinggi sedangkan anak buah saya yang menjaga keselamatan sama-sama susah mendapat hanya 10 peratus daripada gaji mereka dan perkara ini telah dibangkitkan pada Jabatan Perkhidmatan Awam dan setakat ini mereka begitu sensitif dan bersetuju dengan tuntutan tersebut,” katanya.

Beliau berkata pihaknya memahami kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan sekiranya penyelarasan itu dilakukan kerana ia melibatkan peruntukan yang agak besar namun sekurang-kurangnya ia dapat dilakukan di peringkat anggota polis berpangkat rendah. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel