Connect with us

Hiburan

Dr M perlu diberi peluang jadi Perdana Menteri hingga akhir penggal – Azmin

Menteri ekonomi Azmin Ali berkata Dr Mahathir Mohamad perlu diberi peluang memimpin hingga ke akhir penggal bagi menjamin kestabilan, kesimbambungan dan ketuntasan dasar-dasar kerajaan.

Beliau berkata demikian bagi mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menegaskan pendirian parti itu dan sekutunya Umno kepada Mahathir.

Loading…

“Pendirian tersebut adalah seiring pandangan yang pernah saya lontarkan supaya usaha mengembalikan kegemilangan negara dapat direalisasikan dengan segera,” katanya seperti di lapor Malaysiakini

Mengikut perjanjian dalam Pakatan Harapan, Mahathir akan menyerahkan teraju kepimpinan negara kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Advertisement

Mengikut perjanjian dalam Pakatan Harapan, Mahathir akan menyerahkan teraju kepimpinan negara kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim. Tiada tempoh masa khusus dinyatakan.

Selepas memenangi pilihan raya umum lalu, Mahathir berkali-kali berdepan soalan berkaitan tempoh masa penyerahan kuasa itu dan berjanji akan mengotakannya.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, partinya Bersatu makin giat menambah kerusi parlimen dengan menerima kemasukan wakil rakyat Umno yang berpaling tadah.

PAS, walaupun menjadi pembangkang, berjanji akan memberikan sokongan di Dewan Rakyat sekiranya terdapat undi tidak percaya dikemukakan di parlimen.

Dalam kenyataan hari ini, Azmin berkata dukungan bipartisan – kerajaan dan pembangkang – terhadap Mahathir merupakan lembaran baru dalam politik Malaysia.

Advertisement

Ia, katanya, menjadikan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, termasuk dalam pindaan perlembagaan bagi merendahkan had mengundi kepada 18 tahun baru-baru ini.

“Sokongan tersebut adalah bukti keyakinan terhadap kepimpinan YAB Tun Dr Mahathir yang berhemah tinggi sesuai dengan peranannya sebagai negarawan ulung negara,” katanya.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel