Connect with us

Terkini

Dr Mahathir terima pingat ‘Turkish Order of the Republic’

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diberi pingat ‘Turkish Order of the Republic’, menjadikannya pemimpin ASEAN pertama menerima anugerah berprestij itu.

Anugerah itu, kedua tertinggi di Turki selepas ‘Order of the State, disampaikan Presiden Recep Tayyip Erdogan sempena lawatan rasmi pertama Dr Mahathir ke Turki sejak menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Loading…

Turki memberi anugerah itu kepada pemimpin asing yang memberi sumbangan besar kepada hubungan setiakawan dengan negara berkenaan, lapor Harian Metro.

Antara penerima sebelum ini, bekas Presiden Pakistan Nawaz Sharif.

Dalam ucapannya sebelum menyampaikan pingat itu, Erdogan berkata, ia juga satu penghargaan kepada rakyat Malaysia.

Dr Mahathir dalam ucapan balasnya pula melahirkan rasa penghargaan atas anugerah itu.

Advertisement

Upacara ringkas tetapi simbolik itu diadakan sebelum kedua-duanya mengadakan sidang media bersama di Kompleks Presiden.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel