Connect with us

Terkini

Ernie Zakri marah ular jadi mangsa peniaga kosmetik untuk promosi produk kecantikan

Penyanyi Ernie menyuarakan perasaan marah terhadap tindakan seorang usahawan yang sanggup menggunakan ular sebagai bahan uji kaji untuk melariskan produk kecantikan jualannya.

Ernie, 27, berkata produk tersebut dicipta untuk kegunaan kulit manusia dan tidak sesuai digunakan untuk kulit haiwan.

Loading…

“Ini sangat salah. Ya Allah nak jual ‘foundation’ awak patut letak di kulit manusia bukan binatang.”

Ernie berkata apa yang dilakukan usahawan terbabit adalah perbuatan yang salah.

Advertisement

“Kalau nak tunjuk benda tu boleh lindungi cela, tunjuklah model yang parut kat muka ke apa ke!” kata Ernie lagi di Twitternya.

Terdahulu telah tular di media sosial rakaman berdurasi 31 saat menunjukkan seorang wanita menggunakan ular bagi mempromosikan produknya yang menerima pelbagai reaksi pengguna Twitter.

Dalam klip itu, wanita berkenaan dilihat menyapu “foundation” pada kulit seekor ular untuk membuat perbandingan bahagian kulit ular yang telah disapu dengan krim tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan penjual produk kecantikan tersebut dan menyifatkan tindakan tersebut merupakan penyeksaan terhadap binatang.

Mereka juga menggesa perbuatan wanita terbabit dilaporkan kepada pihak berwajib kerana tindakan wanita terbabit menyapu foundation kepada kulit ular itu mungkin memberi kesan buruk. – Malaysian Update

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel