Connect with us

Terkini

Faizal Tahir bersara? – umum Rojak adalah album terakhir

Penyanyi Faizal Tahir semalam telah membuat pengumuman mengejutkan menerusi sebuah video di laman sosial Instagram miliknya.

Dalam videonya itu, Faizal memberitahu bakal mengeluarkan sebuah album baru berjudul Rojak dan ia merupakan album terakhir beliau. Menurutnya lagi ia bukan lah gimik semata-mata.

Loading…

“Ya, memang sah Rojak akan menjadi album saya yang terakhir dan bukan gimik.”

Penyanyi yang terkenal dengan jolokan ‘superman’ itu bagaimanapun berjanji akan menjelaskan secara terperinci mengenai keputusannya menjadikan album itu yang terakhir pada pelancarannya nanti.

Advertisement

Bicara mengenai album terbarunya itu, Faizal menjelaskan bahawa album yang bakal dikeluarkan itu melambangkan kehidupan seharian rakyat Malaysia yang sinonim dengan Rojak.

“Semua kita di Malaysia adalah Rojak disebabkan orang, budaya, bahasa dan ia sangat indah. Disebabkan itu saya nama album ini Rojak”

Faizal Tahir memulakan perjalanan karier nyanyiannya apabila menyertai rancangan realiti One In A Million pada tahun 2006.

Sepanjang bergelar penyanyi Faizal sudah menghasilkan empat album penuh iaitu Aku.Muzik.Kamu pada 2007, Adrenalin (2010), Faizal Tahir (2013), dan Anatomi (2016). – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel