Connect with us

Terkini

Fan Meeting dibatalkan: Peminat sedih, kecewa tidak dapat bertemu Kim Jae Hwan

Sedih dan kecewa. Pastinya itulah yang dirasakan oleh peminat Kim Jae Hwan, penyanyi dari korea. Acara bertemu peminat terbabit terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir yang sepatutnya berlangsung di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam.

Pembatalan Kim Jae Hwan Fan Meeting (MIND:D) pada saat akhir dikatakan terjadi kerana penganjur, MaciePro, gagal mendapatkan permit bagi acara berkenaan.

Loading…

“Kami dengan rasa kesal ingin memaklumkan bahawa Fan Meeting Kim Jae Hwan (MIND:D) di Kuala Lumpur telah dibatalkan kerana permohonan permit untuk acara ini tidak diluluskan”

“Kami kesal kerana hanya dapat membuat pemberitahuan ini pada saat akhir, di mana kami telah berusaha keras untuk mendapatkan permit, namun usaha kami tidak berjaya.”

Advertisement

Pihak penganjur turut berjanji akan memulangkan kembali wang bagi tiket yang telah dibeli kepada semua peminat.

Rata-rata peminat dan pengunjung acara terbabit meluahkan rasa kecewa kerana telah berkampung di perkarangan stadium itu sejak jam 12 tengah hari. Malahan ada yang menangis kerana pembatalan tersebut dimaklumkan ketika mereka telah berada dilokasi berkenaan.

Sebahagian peminat turut sedih kerana telah mengeluarkan kos yang banyak untuk datang ke acara terbabit, terutamanya peminat dari Korea selatan dan Thailand. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel