Connect with us

Mahkamah

Gaji Ku Nan RM14,907.20 sebulan – Saksi

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor telah menerima gaji sebanyak RM14,907.20 sebulan dari tahun 2013 hingga 2018.

Setiausaha Bahagian (Perlembagaan dan Urusan Parlimen), Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri Daman Huri Nor, 55, mengesahkan perkara itu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim.

Loading…

“Gaji RM14,907.20 sebulan dan elaun RM24,320.00 sebulan yang diterima oleh Tengku Adnan dibayar oleh kerajaan mengikut kementerian masing-masing bagi tempoh parlimen penggal ke-13,” katanya ketika membacakan penyataan saksinya pada hari pertama perbicaraan kes rasuah RM2 juta yang dihadapi Tengku Adnan.

Saksi ketiga pendakwaan itu turut mengecam dan mengesahkan Surat Cara Pelantikan Menteri Persekutuan bertarikh 16 Mei 2013 yang dikemukakan kepadanya oleh Julia.

Advertisement

Menurut Daman Huri, dokumen tersebut (Surat Cara Pelantikan Menteri Persekutuan) adalah watikah pelantikan Tengku Adnan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

“Saya juga sahkan bahawa Perakuan Tentang Kedudukan atau Jawatan yang dipegang oleh Tengku Adnan bertarikh 28 Julai 2018 disediakan oleh saya,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan didakwa telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan, Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini pada 14 Jun 2016, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok dengan empat orang saksi dijangka memberi keterangan.– Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel