Connect with us

Mahkamah

Gara-gara ancaman bom, bicara kes Najib terpaksa dihenti untuk polis periksa mahkamah

Perbicaraan Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur,  Jalan Duta di sini terpaksa dihentikan selepas polis dimaklumkan mengenai ancaman bom.

Keadaan gempar berikutan semua yang berada di kompleks berkenaan diarah mengosongkan bangunan, lapor Malaysiakini.

Loading…

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mengendali kes bekas perdana menteri di tingkat lima kompleks tersebut mengarahkan perbicaraan ditangguh sehingga pihak berkuasa selesai membuat pemeriksaan.

Perkembangan itu menyaksikan ratusan orang awam dan kakitangan mahkamah terpaksa menunggu di kaki lima bangunan ketika pihak polis menjalankan tugas memeriksa bangunan tersebut.

Advertisement

Difahamkan Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Penugasan Unit Anjing Pengesan (K9) juga berada di kompleks itu bagi melakukan siasatan lanjut.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel