Connect with us

Terkini

“Gigi daun gear” terlekat pada alat sulit, lelaki dapatkan bantuan bomba

Seorang lelaki tidak serik apabila terpaksa menggunakan khidmat bomba buat kali ketiga bagi membantu mengeluarkan objek yang terlekat pada kemaluannya.

Mangsa dikatakan pergi mendapatkan bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Durian, dekat Kuala Krai berhampiran dengan tempat tinggalnya.

Loading…

Detik cemas yang dilalui oleh lelaki berusia 34 tahun itu terjadi apbila mangsa gagal untuk mengeluarkan gigi daun gear pada alat sulitnya pada petang semalam.

Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan ll (PBK) Mohd Razani Mamat ke lokasi mangsa dan mendapati objek tersebut sukar untuk dibuang. Bagi memudahkan urusan membuang alat tersebut, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai dengan jentera bomba.

Advertisement

Ia bagi membolehkan pihak bomba bertindak bersama dengan pihak hospital.

Gigi daun gear itu akhirnya dapat dikeluarkan dengan menggunakan pemotong ‘L’ dalam masa 20 minit.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, kejadian sama pernah berlaku dimana mangsa telah meletakkan objek bulat yang sukar untuk dibuang pada alat sulitnya sehingga memaksa dia untuk mendapatkan bantuan bomba untuk membantu menanggalkannya. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel