Connect with us

Hiburan

Had umur mengundi diturunkan, pembangkang pon sokong – Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berterima kasih kepada semua pihak termasuk pembangkang kerana menyokong cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengurangkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Sokongan itu katanya termasuk dari PAS, Pemuda MIC, Umno Johor, Anggota Parlimen Bagan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Mohamed Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas), Khairy Jamaluddin (Rembau) serta Mokhtar Radin (Kinabatangan).

Loading…

“Usul pindaan Perlembagaan Persekutuan ini adalah satu usul yang bersifat bipartisan dan mengangkat semangat permuafakatan antara semua ahli parlimen Dewan Rakyat. 

“Ini adalah usaha yang mengutamakan anak muda dan bakal mencorakkan masa hadapan negara Malaysia dengan penglibatan secara langsung dari anak muda,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Beliau berkata langkah itu juga telah mendapat sokongan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masyarakat sivil dan mufti.

“Kerajaan Malaysia juga sedang mengkaji langkah pendaftaran pengundi secara automatik, pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, akta berkaitan pilihan raya serta penambahbaikan lain yang mampu meningkatkan keupayaan dan peranan anak muda,” jelasnya.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man semalam berkata partinya hanya akan memihak kepada pindaan itu, yang memerlukan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, jika syarat-syarat tertentu dipenuhi.

Syarat-syarat ini termasuk kerajaan memperkenalkan pendaftaran automatik.

Syed Saddiq berkata kementeriannya akan sentiasa memastikan usaha bagi mengangkat peranan anak muda tidak akan terhenti di Dewan Rakyat.

Advertisement

“Penyuburan demokrasi adalah satu komitmen yang panjang dan berterusan,” katanya. 

-Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel