Connect with us

Terkini

Hairan jadi sasaran, Azmin jawab sebab tidak hadir mesyuarat PKR

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan beliau tidak dapat hadir ke mesyuarat pimpinan parti itu kelmarin, berikutan perlu menghadiri program kerajaan Persekutuan.

Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata tanggungjawab sebagai menteri yang dipikul, memerlukan dirinya membahagikan tugas sebagai pemimpin parti politik dan kerajaan.

Loading…

“Kita perlu membawa mandat ini secara bersama. Jadi, ada kalanya tugas kerajaan yang perlu kita laksanakan, itu juga tanggungjawab kita.

“Sebagai tanggungjawab parti pun kita kena tunaikan juga, kita perlu lakukan kedua-duanya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, semalam.

Advertisement

Beliau diminta mengulas isu ketidakhadirannya pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bulanan PKR di ibu pejabat parti itu kelmarin.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin turut mempersoalkan sikap pihak tertentu yang menyasarkan dirinya kerana gagal hadir pada mesyuarat parti berkenaan.

“Saya ulangi bahawa ada program parti saya hadir kalau tiada tugas kerajaan. Kalau ada (tugas) saya akan maklum. Itu proses normal. Kenapa sasarkan saya?,” katanya.

Kelmarin, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, mengingatkan kepemimpinan parti itu agar hadir pada semua mesyuarat parti mengikut jadual yang diedarkan.

Kenyataan itu dikeluarkan Fahmi susulan ketidakhadiran Mohamed Azmin dan beberapa kepimpinan parti lain termasuk Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Selangor yang juga Menteri Besar, Amirudin Shari.

Advertisement

Mohammed Azmin juga sebelum ini tidak hadir di program temurapat PKR di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini. — Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel