Connect with us

Jenayah

Hanya seorang suspek bunuh Zulfarhan bebas, mahu sambung pengajian

Antara 19 orang tertuduh kes kematian Allahyarham Zulfarhan, hanya seorang dibebaskan daripada pertuduhan yang menyebabkan kematian mangsa.

Dia yang dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan mencederakan mangsa berhasrat untuk menyambung pengajian yang telah lama tertunggak disebabkan kes tersebut.

Loading…

“Saya bersyukur dibebaskan. Saya nak sambung pengajian yang sebelum ini tertangguh,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Bila ditanya apakah dia sudah bertemu dengan bapa Zulfarhan, Muhammad Akmal, 23, bagaimanpun berkata bahawa dia masih belum berkesempatan untuk berjumpa dengan keluarga Zulfarhan.

Advertisement

Dia yang hadir ke mahkamah ditemani ibunya tidak dapat menahan sebak lantas memeluk ibunya sambil menangis.

Dalam reaksi spontan kepada media, ibu kepada Muhammad Akmal menyifatkan bahawa anaknya itu teraniaya.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah perintahkan 18 penuntut UPNM yang terlibat dengan kematian Allahyarham Zulfarhan Osman untuk membela diri.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Azman Abdullah selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie diakhir kes.

Hanya seorang tertuduh yang dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri atas pertuduhan mencederakan Zulfarhan, iaitu Muhammad Akmal. – Malaysian Update

Advertisement

Baca: 18 suspek diperintah bela diri, Bapa Allahyarham Zulfarhan sujud syukur

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel