Connect with us

Terkini

Heboh abang nikahi adik kandung sendiri, isteri nekad lapor polis

Seorang lelaki didakwa menikahi adik bongsunya di daerah Bulukumba, Sulawesi Selatan, Indonesia minggu lalu.

Lelaki berusia 32 tahun itu didakwa telah menjalin hubungan intim dengan adiknya itu sehingga hamil empat bulan.

Pasangan itu kemudiannya melangsungkan pernikahan di tanah perantauan di Provinsi Kalimantan Timur.

Loading…

Kes itu terbongkar apabila isteri lelaki berkenaan, menonton video pernikahan suaminya itu selain memperolehi dokumen sah pernikahan suami dan adik iparnya dari keluarga mentua.

Advertisement

Dia kemudiannya bertindak membuat laporan polis.

“Saya harapkan keadilan dan meminta hukuman berat dikenakan dan menangkapnya” katanya.

Memetik Radar Pagi, berdasarkan laporan polis, sumbang mahram membabitkan dua adik-beradik itu berlaku sejak beberapa bulan lalu.

“Setelah selesai proses undang-undang (berhubung kes suaminya berkahwin dengan adik sendiri) saya akan meminta cerai,” katanya.

Sementara itu, abang kepada lelaki berkenaan mahu tindakan tegas diambil kepada kedua-dua adiknya itu.

Advertisement

“Kami tujuh adik-beradik, dia adalah adik ketiga menikahi adik kandung yang paling bongsu.

“Saya menegaskan perkara ini amat dilarang dan berharap tindakan tegas dikenakan kepada mereka,” katanya. – Terjemahan oleh Sinar Harian.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel