Connect with us

Jenayah

Ibu cedera, anak maut ditolak jatuh ke landasan kereta api

Dalam sebuah kejadian di Frankfurt, Jerman semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun dan ibunya telah ditolak jatuh ke landasan kereta api berkelajuan tinggi.

Mereka menjadi mangsa pertama ditolak oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Ibu kanak-kanak terbabit terselamat, bagaimanapun budak lelaki itu tidak sempat menyelamatkan diri lalu dilanggar kereta api tersebut dan maut dilokasi kejadian.

Loading…

Suspek pada mulanya melarikan sebelum akhirnya berjaya ditahan polis atas bantuan orang awam yang berada di tempat kejadian.

Advertisement

Akibat dari kejadian itu, ibu kanak-kanak yang cedera menerima rawatan di hospital berhampiran selepas sempat menyelamatkan diri.

Polis memaklumkan mereka masih menyiasat punca dan motif yang menyebabkan berlakunya kejadian tersebut.

Menurut sebuah portal, suspek adalah seorang lelaki berasal dari Afrika dan berusia 40 tahun. Malahan, lelaki terbabit dikatakan tidak mengenali kedua-dua mangsa. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel