Connect with us

Terkini

Instagram Syafie Naswip diserang ‘makcik bawang’

Sebelum ini netizen di kejutkan dengan berita putusnya ikatan pertunangan antara Syafie Naswip dan Aisyah Azman.

Syafie mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan punca yang membuatkan pertunangan mereka putus ditengah jalan.

Loading…

Namun, industri hiburan tanah air bagaimanapun sekali lagi dikejutkan dengan berita penahanan seorang pelakon yang dikatakan telah mengasari bekas tunangnya dengan mencekik dan menumbuk muka mangsa.

Netizen mula membuat spekulasi bahawa pelakon yang dimaksudkan adalah Syafie Naswip.

Advertisement

Ekoran dari kejadian itu, laman sosial Instagram Syafie Naswip telah di serang oleh ‘makcik bawang’.

Hantaran video boomerang yang dimuat naik oleh Syafie dua hari lalu telah menjadi tumpuan netizen dengan menyerang ruangan komen pelakon terbabit.

“Kalau betul dia yang belasah ex tunang. memang dayus. tak ada hak nak pukul perempuan” komen seorang netizen.

“Aku datang sebab nak baca komen. serius laa dia ni g** ??” tanya seorang netizen.

Tidak kurang juga ada netizen yang meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku.

Advertisement

“Serius la @Syafienaswip. kau antara pelakon yang aqu adore. Aku ingat macam mana ayah dia susah payah naik motor hantar dia masa mula2 jadi pelakon”.

“Kalau betul kamu g**, semoga kembali ke pangkal jalan. tinggalkan dunia yang melalaikan dan semoga diberikan hidayah.” Seorang netizen turut memberi nasihat.

Syafie dan Aisyah bertunang pada 7 April 2019 pada majlis tertutup. Ikatan pertunangan mereka putus pada 21 julai yang lalu. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel