Connect with us

Terkini

Isu pulangan balik GST: Guan Eng mesti dihadap ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan

SHAH ALAM – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan turut mengecam Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang didakwa telah membuat kenyataan mengelirukan berhubung pulangan balik wang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, Guan Eng mesti dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengelirukan Dewan Rakyat.

Loading…

“Guan Eng sebut kerajaan (Barisan Nasional) BN rompak wang tuntutan bayaran balik GST RM19.4 bilion. Laporan Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dikeluarkan hari ini sahkan bahawa wang itu tidak dirompak dan tidak hilang.

“Wang tersebut yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun Amanah Bayaran Balik GST, telah dimasukkan ke dalam Akuan Kerajaan Yang Disatukan (Govt Consolidated Acct).

Advertisement

“Rumusan audit juga nyatakan cuma RM5.06 bilion sahaja dari jumlah RM19.4 bilion yang dituntut telah disah dan dilulus untuk pembayaran balik tuntutan GST tersebut,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi PAC, Datuk Dr Noraini Ahmad mengesahkan tidak berlakunya kehilangan wang RM19.4 bilion hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ia dirumuskan selepas pihaknya meneliti keterangan 10 saksi dan taklimat Ketua Audit Negara serta pandangan Peguam Negara menerusi prosiding yang dimulakan 12 September lalu.

-laporan sinar harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel