Connect with us

Terkini

Kehadiran Erdogan mengejutkan, sambut ketibaan Dr Mahathir

Kehadiran Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, untuk menyambut ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad sebaik Perdana Menteri tiba dari Kuala Lumpur, malam tadi mengejutkan banyak pihak terutamanya media, kerana dalam jadual rasmi yang diaturkan jelas Erdogan hanya akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Dr Mahathir selepas upacara sambutan rasmi di Istana Presiden, petang ini.

Pesawat khas membawa Dr Mahathir dan isteri, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga di Ankara pada 7.40 malam waktu tempatan malam tadi (12.40 pagi waktu Malaysia) untuk memulakan lawatan rasmi empat hari namun kira-kira 15 minit kemudian, pesawat khas yang membawa Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, tiba di lapangan terbang sama.

Loading…

Kedua-kedua pemimpin kemudiannya mengadakan pertemuan singkat selama 20 minit di bilik kenamaan.

Pegawai kanan Dr Mahathir, ketika ditemui berkata, memang pertemuan itu dirancang pada saat akhir.

Advertisement
DR Mahathir (kiri) mengadakan pertemuan singkat selama 20 minit bersama Erdogan. – Foto oleh Bernama

“Presiden (Erdogan) sendiri mahu menyambut ketibaan Tun (Dr Mahathir) tetapi Presiden memberitahu akan sampai lewat sedikit,” katanya seperti dipetik portal Harian Metro.

Kedua-dua pemimpin Islam itu dikenali dunia sebagai vokal dan tidak mudah tunduk kepada dunia barat.

Terdahulu, Dr Mahathir dan isteri disambut oleh Menteri Industri dan Teknologi Turki, Mustafa Varank dan Gobenor Ankara, Vasip Sahin.

Dr Mahathir dijadual mengadakan pertemuan dengan Erdogan di Istana Presiden, 3.45 petang ini (8.45 malam waktu Malaysia).

Ini diikuti mesyuarat delegasi kedua-dua negara yang akan turut disertai Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darrel Leiking.

Dr Mahathir dan Erdogan kemudian dijangka mengadakan sidang media bersama, sebelum menghadiri jamuan makan malam.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel