Connect with us

Mahkamah

Kes rasuah Ku Nan: Arahan menteri jadi keutamaan ketika buat sebarang keputusan- Saksi

KUALA LUMPUR – Bekas pengarah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Penyelarasan Pembangunan (JPEP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ab Salim Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pihaknya menjadikan arahan daripada Menteri Wilayah Persekutuan sebagai keutamaan ketika membuat sebarang keputusan termasuk dalam urusan membabitkan tanah.

Beliau berkata, sudah menjadi amalan apabila mendapat surat atau memo daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur yang menyatakan terdapat minit daripada menteri, pihaknya akan berjumpa dan berbincang semula dengan datuk bandar mengenai tindakan yang perlu diambil oleh jabatan itu.

Loading…

“Dalam soal permohonan Syarikat Aset Kayamas (Sdn Bhd) berhubung rayuan nilaian tanah dan penangguhan bayaran pertama 10 peratus ke atas dua lot tanah di Bandar Tun Razak yang dijual kepada syarikat itu, saya bincang dengan datuk bandar kenapa perkara ini boleh kita berikan pertimbangan, dan kami keluarkan surat (maklum balas) berdasarkan kepada minit dan persetujuan daripada menteri.

“Arahan daripada menteri itu priority (keutamaan) kita, kemudian timbalan menteri seterusnya datuk bandar selain pengurusan tertinggi di DBKL, apapun priority (keutamaan) kita berikan kepada menteri,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Hadariah Siri.

Advertisement

Ab Salim, 61, memberi keterangan pada perbicaraan kes Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan, Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik syarikat Aset Kayamas yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini pada 14 Jun 2016, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan, Ab Salim yang kini telah bersara bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa keputusan untuk menawarkan penjualan dua lot tanah milik DBKL kepada Aset Kayamas telah dibuat oleh DBKL dengan kelulusan Tengku Adnan.

Saksi pendakwaan kesembilan itu turut bersetuju dengan peguam itu bahawa terdapat komitmen daripada Aset Kayamas untuk membina 120 unit rumah untuk kakitangan DBKL dengan harga RM150,000 di atas tanah itu.

“Adakah kamu tahu Menteri (Tengku Adnan) yang telah ‘persuade’ pemaju (Aset Kayamas) untuk bina 120 unit rumah itu,” soal Tan dan Ab Salim menjawab beliau mengetahuinya.

Advertisement

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung pada Selasa (9 Julai). – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel