Connect with us

Terkini

Kesetiaan saya ada batasnya, kata Azmin

Tanpa menyatakan siapa individu berkenaan, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kesetiannya ada batasan dan sedia untuk berdepan dengan pihak yang pernah dikenalinya dalam perjuangannya selama ini.

Ucapan itu disampaikan ketika Majlis Doa Kesyukuran untuk Mohamed Azmin Ali, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam, malam ini.

“Saya berjanji apa pun serangan yang dilemparkan saya tetap akan bangkit melawan. Biarkan saya sebatang kara.

Loading…

“Biarkan saya berlawan dengan manusia yang pernah saya kenali sebelum ini. Kesetiaan kita ada batasnya,” katanya dihadapan lebih seribu orang hadirin di Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Sempena Kemenangan Menolak Fitnah Terhadap Mohamad Azmin di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam, malam tadi.

Advertisement

Mohamed Azmin berkata beliau tetap akan memperjuangkan keadilan dan kebenaran untuk rakyat Malaysia, umat Islam dan Melayu.

“Saya setia kepada kepada kebenaran dan keadilan dan saya akan tetapkan perjuangkan keadilan dan kebenaran.

Bukan untuk keluarga saya, tapi saya mahu untuk rakyat Malaysia, umat Islam dan Melayu dapat pembelaan yang sewajarnya,” tegas Mohamed Azmin dalam majlis tersebut yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Naib Presiden Tian Chua dan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah.

Turut kelihatan dalam majlis itu ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri Abu Bakar Yahya dan Khairuddin Abu Hassan, yang dilihat sebagai penyokong setia Mahathir.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali – Foto oleh Astro Awani

Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata, beliau bersedia menerima semua ujian itu yang menurutnya bukan sesuatu yang baru iaitu sejak 1998.

Mohamed Azmin bagaimanapun berharap perkara sama tidak lagi berulang, namun katanya oleh kerana kerakusan dan nafsu serakah ada pihak tertentu yang sanggup membunuh kerjaya politik seseorang, malah dirinya sekali lagi diaibkan sejak beberapa minggu yang lalu.

Advertisement

“Saya tak akan berganjak.

“Walaupun saya dipijak, dihina, diaibkan sebegitu lama, Insya-Allah dengan doa, dengan dokongan dan sokongan rakyat Malaysia dan umat Malaysia, saya akan berdiri tegak untuk membina sebuah Malaysia yang baharu.

“Dosa saya hanya satu, saya ini bukanlah boleh dicucuk hidung, bukan boleh diheret begitu saja,” katanya lagi.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata dirinya difitnah selama lima minggu, termasuk keluarganya yang terpaksa menempuh dugaan itu namun beliau bersyukur menerima sokongan dan doa rakyat.

“Lima minggu saya diaibkan sekali lagi. Lima minggu saya difitnah, isteri saya, anak-anak saya, keluarga saya, cucu-cucu saya, kakak-kakak saya, abang saya, terpaksa menempuh fitnah dan gelombang ini dengan penuh kesabaran dan ketenangan.

Advertisement

“Walaupun saya tidak mengheret rakyat bersama-sama, tetapi saya bersyukur, melalui maklum balas yang saya terima, rakyat mendoakan dengan cara mereka tersendiri,” katanya lagi.

Mohamed Azmin juga meluahkan rasa syukur apabila Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, mengesahkan bahawa beliau tidak bersalah dan pelaku dalam video seks itu bukanlah dirinya.

“Malahan ketua polis negara sendiri sahkan ada tangan ghaib yang nilainya ratusan ribu dan jutaan ringgit untuk menjatuhkan saya.

“Ayuh, saya tidak mahu mendiamkan diri kerana kita tidak perlu manusia seperti ini untuk memimpin kita,” kata Mohamed Azmin.

Mohamed Azmin menjelaskan beliau tahu siapa dalang di sebalik video itu, namun memilih untuk tidak mendedahkan orangnya kerana menunggu siasatan polis selesai.

Advertisement

“Saya tak terkejut sebab saya tahu siapa dalang dibelakang semua ini,

“Nak tahu tak? Saya tak boleh dedahkan, biarlah siasatan (polis) lengkap dulu.” katanya lagi. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel