Connect with us

Terkini

KPN dedah wujud pakatan jahat, upah ratusan ribu ringgit hasil video intim

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mendedahkan video intim melibatkan Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan individu didakwa sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit.

Dalam kenyataan petang ini Abdul Hamid tidak mendedahkan siapa pihak yang diupah itu namun beliau menegaskan bahawa penyebaran video berkenaan adalah pakatan jahat yang didalangi oleh seorang pemimpin sebuah parti politik bertujuan untuk mengaib dan menjatuhkan individu tertentu.

Loading…

“Hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa wujud pakatan jahat yang didalangi oleh seorang pemimpin sebuah parti politik, bertujuan mengaibkan dan menjatuhkan reputasi individu tertentu.

“Video yang disebarkan dengan tujuan membangkitkan kegusaran masyarakat tersebut telah dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit,” kata Abdul Hamid dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Sebelum ini bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz membuat pengakuan bahawa dia adalah lelaki yang terlibat dalam video intim yang didakwa turut melibatkan Mohamed Azmin.

Mohamed Azmin bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menganggapnya sebagai berniat jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Dilaporkan 8 individu telah ditahan reman sehingga sabtu ini termasuk Haziq dan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak untuk membantu siasatan berhubung video intim terbabit. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel